Wednesday, January 18, 2017

7 Amalan Pengundang Rezeki Melimpah Ruah

Rezeki itu bukan saja berkaitan dengan mendapat duit, tetapi dalam pelbagai keadaan seperti diberikan kesehatan yang baik, mendapat pekerjaan yang bagus, perniagaan yang berkembang maju, bertemu dengan jodoh yang baik, dikurniakan zuriat, termasuk juga dikurniakan iman dan istiqamah dalam membuat amal ibadah dan lain-lain.



Kadang-kadang kita risau apabila memikirkan kesulitan ekonomi, pelaksanaan GST, krisis keuangan, belum dapat pekerjaan yang baik, belum bertemu jodoh, belum dikurniakan keturunan dan lain-lain tapi jika kita fikirkan semula Yang Maha Menyelesaikan Kesulitan dan Yang Maha Memberi Rezeki itu ialah Allah S.W.T.



Rezeki yang berkah dapat diperoleh dengan cara mendekati Allah SWT. Salah satu caranya adalah dengan melakukan amalan-amalan pengundang rezeki. Apakah amalan-amalan yang mengundang rezeki itu? Di sini kami bagikan beberapa amalan untuk mengundang rezeki yang asalnya diajarkan oleh Ustadz Yusuf Mansur



Hasil dari perkongsian beliau, kami ringkaskan dan catatkan kembali beberapa amalan yang mengundang rezeki melimpah ruah seperti dibawah:



 Amalan Mengundang Rezeki



1. Membaca Surah al Waqiah

    Baca selepas Subuh dan selepas Asar



2. Ya Fattah Ya Razzaq

    Lazimkan baca 3 kali atau 11 kali atau 33 kali selepas solat - Baca minimal 3 kali.



3. Melazimi membaca al quran dan surah-surah tertentu pada waktu tertentu seperti
  • Membaca Surah Ar-Rahman-  Baca selepas solat Dhuha
  • Membaca Surah Yaasin - Baca selepas solat Isya'
  • Membaca Surah al-Mulk - Baca menjelang tidur



4. Baca sholawat - allahumma salli ala sayyidina muhammad wa ala ali sayyidina muhammad
    Lazimkan baca sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari

5. Solat Dhuha

6. Bersedekah

7. Solat Berjamaah di Masjid tepat waktunya


Video lengkapnya boleh dilihat seperti di bawah. 


No comments:

Post a Comment